TIP PENJAGAAN T-SHIRT COTTON

TIP Penjagaan T-shirt Cotton

Untuk mengekalkan T-shirt cotton anda dalam keadaan baik disenaraikan beberapa tip yang boleh dipraktikan.

1. CARA BASUHAN

Baju yang baru dibeli hendak lah di basuh secara berasingan dengan baju yang berwarna lain. Sebaiknya dengan menggunakan cucian tangan. Elakkan mengguna detergen yang mengandungi peluntur. Untuk menggelakan dari baju dari mengecut gunakan air bersuhu sejuk atau biasa.

2. RENDAMAN

Rendam sebentar T-shirt cotton dengan bahan pelembut fabrik supaya tekstur kain lebih lembut dan lebih wangi, dan bilas. Pelembut fabrik juga mengurangkan kedutan pada tshirt dan memudahkan semasa menggosok baju.

3. MENJEMUR T-SHIRT COTTON 

Kibas sebelum menyidai, pastikan bahagian yang bercorak dibahagian dalam untuk mengelakkan t-shirt cotton cepat pudar. Jika menggunakan mesin pengering, elakan t-shirt cotton anda kering sepenuhnya, keluarkan ketika masih lembah dan jemur untuk keringan secara semulajadi.

Inilah berapa tips yang boleh dikongsi bersama untuk penjagaan t-shirt cotton, supaya tahan lebih lama dan tidak pudar. Semoga ia menjadi panduan yang berguna untuk anda semua.


Ada T-shirt Cotton yang dah mengecut? 

Apa kata anda lihat video tutorial dibawah. 

SELAMAT MENCUBA!



Your Cart

Your cart is currently empty.

Continue browsing here.